Tarikh : 20.9.2024
Masa : 2.30 petang - 6.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 20 orang

Tujuan :

Tujuannya adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM melalui aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan dan juga memberikan pendidikan yang berasaskan pengalaman praktikal, yang dapat memperkukuhkan konsep-konsep STEM yang dipelajari di bilik darjah.

Aktiviti : 

1. Pendaftaran peserta dan ahli baru NADI.

2. Peserta membawa bahan untuk membuat kereta kincir dengan menggunakan bahan terpakai.

3. Taklimat tentang kepentingan STEM dalam kehidupan seharian.

4. Penerangan ringkas tentang pertandingan STEM yang akan diadakan dan tutorial membuat kereta kincir.

5. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan secara berpasangan dan mula untuk membuat kereta kincir.

6. Peserta diberikan masa untuk menghias kereta kincir mereka.

7. Sesi menguji kelajuan kereta kincir.

8. Sesi penyampaian hadiah.

9. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 20.9.2024
Masa : 9.00 petang - 12.30 tengahari
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 10 orang

Tujuan : 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dan mengaplikasikan kegunaan aplikasi Artifical Intelligence (AI) seperti ChatGPT untuk membantu usahawan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan mereka dan mengurangkan kos.

Aktiviti :

1. Pendaftaran peserta dan ahli baru NADI.

2. Pengenalan kepada AI dan ChatGPT serta cara mendaftar akaun CANVA.

3. Peserta mendaftar akaun CANVA.

4. Peserta diberi latihan menggunakan aplikasi CANVA dengan bimbingan petugas.

5. Selitan : Peserta di ajar untuk menggunakan ChatGPT.

6. Peserta diberi tugasan untuk mereka cipta poster berdasarkan perniagaan mereka.

7. Peserta menyiapkan poster.

8. Petugas memuat naik poster yang dicipta oleh peserta ke Facebook NADI Taman Cengal Emas (Bagi tujuan undian berdasarkan jumlah Like).

9. Pemenang diumumkan selepas proses undian tamat.

Gambar di sini

Tarikh : 19.9.2024
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : Terbuka

Tujuan : 

Memberi pencerahan kepada komuniti tentang bahayanya jenayah siber atau Phishing kepada masyarakat yang semakin berleluasa pada masa kini serta cara untuk mengatasinya. Selain itu, komuniti juga dapat berurusan dengan kaunter bergerak KWSP dan Tabung Haji.

Aktiviti :

1. Pendaftaran peserta dan pengunjung serta ahli baru NADI.

2. Taklimat daripada agensi tentang Jenayah Siber.

3. Pembukaan kaunter agensi serta penyiaran video berkaitan scammer di skrin tv.

4. Makan tengahari dan bersurai.

Gambar di sini

 

Tarikh : 19.9.2024
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 10 orang

Tujuan : 

Menyediakan peserta dengan pemahaman yang komprehensif tentang asas kecerdasan buatan (AI) dan aplikasinya dalam konteks perniagaan, termasuk pengenalan peluang, cabaran, dan strategi implementasi yang berkesan, serta mempersiapkan peserta untuk mengumpul, membersihkan, menganalisis data, dan menilai kejayaan projek AI dengan mengambil kira etika dan peraturan yang berkaitan.

Aktiviti :

1. Pendaftaran peserta dan ahli baru NADI.

2. Pengenalan kepada AI (Artificial Intelligence).

3. Peserta menjawab soalan kuiz AI untuk rakyat bagi mendapatkan sijil.

4. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 18.9.2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 3 orang

Tujuan:

Memperkenalkan fungsi Microsoft Office Power Point adalah memudahkan pembuatan presentasi dalam bentuk slide yang menarik dengan adanya audio, video, gambar, transisi dan animasi serta template yang memudahkan kita pada masa kini.

Aktiviti: 

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

3. Petugas memberikan latihan untuk membuat slide biodata peserta.

4. Peserta berjaya menghasilkan slide biodata mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar di sini