Pada hari ini, perusahaan Donat begitu pesat sekali sehingga lahirlah francais-francais berasaskan donat seperti Dunkin' Donuts, Big Apple Donuts, J. Co Donuts, Donut King dan banyak lagi. Dengan kepelbagaian bentuk, warna dan pilihan rasa menjadikan donat antara makanan yg digemari diseluruh dunia ketika ini lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Antara donat yang mudah ditemui dikawasan luar bandar seperti kawasan Parit Panjang ialah donat gula, donat susu, dan donat coklat. Tetapi terdapat juga donat yang sempat viral baru-baru ini iaitu donat red velvet.

Usahawan Encik Asrul, telah menjalankan perniagaannya sejak tahun 2017 sehingga kini, telah membuka kedai "Donut Ketagih" di bulatan Parit Panjang yang mengambil masa 2 minit sahaja dari PEDi Taman Cengal Emas dengan berjalan kaki ke kedainya di bulatan Parit Panjang.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat memilih topping yang mereka inginkan di kedai "Donut Ketagih". Antaranya, oreo, kacang, koko rice, strawberry, cappucino, whitechoc dan tiramisu.

Gambar produk di sini

Gubahan lateks mempunyai penggemar tersendiri. Pada masa ini, rata-rata suri rumah mahupun wanita yang berkerjaya mempunyai hobi mendeko rumah masing-masing dengan cara tersendiri. Kebanyakkan hiasan yang selalu berada di ruang deko adalah gubahan bunga lateks. Ini adalah kerana penjagaan gubahan tersebut tidak terlalu rumit dan ia menaikkan seri setiap ruang rumah. 

Usahawan PEDi Taman Cengal Emas, Noor Azura binti Haji Hamid atau lebih dikenali sebagai Makcik Orkid telah menjadikan hobi beliau sebagai sumber pendapatan apabila beliau berhenti kerja sebagai Pengurus di Pusat Internet Komuniti Kampung Pondok Chegar. 

Pelbagai jenis gubahan lateks yang digubah. Antaranya ialah bunga orkid, bunga lily, bunga tulip, bunga mawar dan banyak lagi. Selain gubahan lateks, beliau juga menjual pasu seramik serta tumbuhan-tumbuhan lateks yang lain. 

Gambar produk di sini