Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Parit Panjang boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dataran usahawan, surau dan masjid turut terdapat di Kampung Parit Panjang.