Warung MakNdak Bihun Sup diusahakan oleh Puan Zanariah Binti Abdullah sejak 21 tahun yang lalu yang merupakan seusia anak sulungnya, dan kini warung beliau sudah tidak asing bagi penduduk  Parit Panjang mahupun kawasan sekitar. Warung yang terletak di tepi Jalan Lanai, Parit Panjang semakin terkenal dengan keenakkan makanannya. Selain bihun sup terdapat juga laksa, kotiaw sup, mee sup serta minuman panas dan sejuk. Tetapi apa yang membuatkan bihun sup buatannya terkenal adalah harga yang murah iaitu RM3 untuk sebungkus makanan serta resepi sambal merahnya yang sedap.

Makam Syuhada Memali terletak di Parit Panjang, Kedah. Lokasinya terletak berhampiran dengan Pusat Ekonomi Digital Taman Cengal Emas dan hanya mengambil masa 1 minit sahaja dengan berjalan kaki. Makam ini telah ada sejak tahun 1985 selepas peristiwa Memali November 1985. Insiden ini merekodkan bahawa 14 orang yang terkorban dan dikatakan bahawa mereka mati syahid oleh orang kampung dan setempat.

Dusun Lata Bayu Campsites terletak di daerah Baling, Kedah. Lokasinya bersebelahan dengan Lata Bayu. Airnya yang bersih dan dingin serta tempat yang begitu menarik amatlah digemari oleh komuniti tempatan mahupun orang luar. Caj yang dikenakan juga adalah berpatutan. 

Lata Bayu merupakan sebuah tempat peranginan yang terkenal di Baling, Kedah. Kawasan ini mempunyai air terjun semula jadi yang mempesonakan. Lata Bayu mula menjadi popular sejak awal tahun 1980-an. Kini, pelbagai kemudahan infrastruktur telah disediakan untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, restoran, surau serta bilik persalinan.

Sub-kategori