Gubahan lateks mempunyai penggemar tersendiri. Pada masa ini, rata-rata suri rumah mahupun wanita yang berkerjaya mempunyai hobi mendeko rumah masing-masing dengan cara tersendiri. Kebanyakkan hiasan yang selalu berada di ruang deko adalah gubahan bunga lateks. Ini adalah kerana penjagaan gubahan tersebut tidak terlalu rumit dan ia menaikkan seri setiap ruang rumah. 

Usahawan PEDi Taman Cengal Emas, Noor Azura binti Haji Hamid atau lebih dikenali sebagai Makcik Orkid telah menjadikan hobi beliau sebagai sumber pendapatan apabila beliau berhenti kerja sebagai Pengurus di Pusat Internet Komuniti Kampung Pondok Chegar. 

Pelbagai jenis gubahan lateks yang digubah. Antaranya ialah bunga orkid, bunga lily, bunga tulip, bunga mawar dan banyak lagi. Selain gubahan lateks, beliau juga menjual pasu seramik serta tumbuhan-tumbuhan lateks yang lain. 

Gambar produk di sini