Tarikh : 19.5.2022
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Kelas tuisyen Matematik ini dihadiri oleh seorang murid sekolah rendah yang ingin belajar tentang formula darab dengan lebih lanjut. Di sekolah, murid tersebut tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar dan tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Oleh hal demikian, petugas mengambil inisiatif untuk membuat kelas tuisyen untuk membantu prestasi murid tersebut supaya semakin meningkat.

Aktiviti:

1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi murid.

2. Murid menghafal sifir 1 sehingga sifir 12 dengan bimbingan petugas.

3. Petugas menunjukkan cara menyelesaikan soalan matematik dengan formula yang tepat.

4. Murid menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru secara kendiri.

5. Petugas menyemak jawapan murid dan cara kerja.

6. Soal Jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini