Tarikh : 9.9.2022
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 2 orang

Tujuan

Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan dan perlindungan di internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul, ia boleh mengancam keselamatan pengguna. Setiap individu haruslah memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan internet secara positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran internet yang selamat dan memberikan manfaat kepada orang ramai.

Aktiviti :

1. Taklimat berkenaan keselamatan penggunaan internet di media sosial oleh petugas.

2. Peserta menonton video yang disediakan oleh petugas berkaitan etika penggunaan internet.

3. Peserta menjawab kuiz yang diberikan.

4. Bersurai.

Gambar di sini