Tarikh : 4.12.2023 - 5.12.2023
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Encik Sahidin merupakan seorang pesara guru yang sekarang berumur 81 tahun dan menetap di Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli PEDi kerana ingin mempelajari semula cara penggunaan komputer yang telah lama ditinggalnya sejak zaman mengajar 30 tahun lalu. Selain itu, Encik Sahidin dapat mempelajari cara asas penggunaan komputer serta cara untuk melayari laman web yang ingin beliau layari. Walaupun telah berusia 81 tahun tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu sangat tinggi dan tidak dapat dinafikan.

Aktiviti: 

SESI 1 : ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER DAN CARA MENGGUNAKAN APLIKASI YOUTUBE DI KOMPUTER (4/12/2023)

1. Pengenalan berkaitan ICT.

2. Taklimat ringkas berkenaan ICT.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada komuniti.

4. Komuniti menggunakan komputer.

SESI 2 : LATIHAN MENAIP (5/12/2023)

1. Taklimat ringkas berkenaan ICT dan fungsi tombol CTRL dan tetikus.

2. Peserta diberikan latihan menaip.

Gambar di sini