Tarikh : 19.5.2023
Masa : 12.30 tengahari - 2.30 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 20 orang

Tujuan:

Jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara petugas-petugas kluster Baling.

Aktiviti:

1. Petugas menyediakan tempat dan makanan.

2. Petugas PEDi kluster Baling mula hadir dan memeriahkan lagi jamuan.

3. Sesi beramah mesra.

4. Sesi bergambar.

5. Gotong-royong.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 13.5.2023
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Kompleks Rakan Muda Baling
Peserta : 400 orang

Tujuan:

Tujuannya adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PEDi dikalangan warga Baling seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara petugas PEDi dengan komuniti Baling.

Aktiviti Program : 

1. Pameran Booth Agensi.

2. Pemeriksaan Kesihatan.

3. Aktiviti Memanah.

4. Demo Masakan.

5. Derma Darah.

6. Pertandingan Gubahan Sirih Junjung.

7. Pertandingan Bola Tampar.

 

Aktiviti PEDi :

1. Pendaftaran Ahli PEDi.

2. Promosi PEDi.

3. Puzzle.

4. Roda Impian.

5. Teka Silang Kata (KDB).

6. IQ Test.

7. Teka Logo.

Gambar di sini

 

Tarikh : 15.5.2023
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 7 orang

Tujuan : 

Pelajar dapat belajar cara Copy dan Paste gambar dari Google ke Word dengan lebih mudah dan cepat. Contohnya, CTRL + C untuk COPY gambar dan CTRL + V untuk PASTE gambar.

Aktiviti :

1. Pengenalan berkaitan ICT.

2. Taklimat ringkas berkenaan ICT dan fungsi tombol CTRL.

3. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara copy paste gambar dari Google masukkan ke dalam Word.

4. Petugas memberikan latihan copy paste gambar yang disenaraikan.

5. Memberi bimbingan kepada pelajar untuk menyiapkan latihan.

6. Sesi soal jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 18.5.2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 9 orang

Tujuan

Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan dan perlindungan di internet. Internet menawarkan pelbagai sumber maklumat, tetapi jika digunakan tanpa pengetahuan dan perlindungan yang betul serta berkongsi secara berlebihan lebih-lebih lagi maklumat dan data peribadi, ia boleh mengancam keselamatan pengguna. Setiap individu haruslah memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan internet secara positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika. Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran internet yang selamat dan memberikan manfaat kepada orang ramai.

Aktiviti :

1. Taklimat berkenaan berkongsi secara berlebihan di media sosial oleh petugas.

2. Peserta menonton video yang disediakan oleh petugas berkaitan kesan berkongsi secara berlebihan.

3. Peserta menjawab kuiz yang diberikan.

4. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 11.5.2023
Masa : 11.45 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan : 

PEDi menyediakan kemudahan seperti Internet, komputer, webcam, headphone dan ruang yang selesa kepada komuniti untuk menghadiri temuduga secara atas talian dan sebagainya. 

Aktiviti :

1. Petugas menyediakan kemudahan dan kelengkapan kepada peserta.

2. Juri mengambil kedatangan peserta secara atas talian.

3. Sesi memperkenalkan diri antara peserta dan juri.

4. Sesi soal jawab.

5. Bersurai.

Gambar di sini