PENGUSAHA GUBAHAN BUNGA LATEX

Gubahan bunga lateks semakin popular untuk menghiasi kediaman dan ruang pejabat. Ini adalah kerana penjagaan gubahan bunga lateks tidak sukar seperti menjaga tumbuhan hidup. Usahawan Noor Azura binti Haji Hamid atau lebih dikenali sebagai Makcik Orkid telah menggunakan peluang ini untuk mencari pendapatan.

Sebelum ini, beliau merupakan Pengurus di Pusat Internet Komuniti Kampung pondok Chegar. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana mengalami sakit saraf yang agak kritikal. Beliau memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM 150 sahaja. Pada mulanya, beliau membuat gubahan secara suka-suka sahaja untuk menambahkan pendapatan. Akan tetapi, apabila mengikuti kelas shopee yang telah diadakan di NADI, beliau menjual secara serius. 

Jualan kasar bagi tahun 2020  bagi medium shopee sahaja ialah RM 25000. Perniagaan yang dimulakan dengan suka-suka dan sekadar hobi sahaja bertukar menjadi pendapatan utama beliau pada masa ini. Walaupun beliau suri rumah sepenuh masa, beliau dapat menjana pendapatan yang tinggi dengan berniaga secara atas talian.

Untuk mendapatkan gubahan lateks dengan harga yang murah, boleh klik link di bawah:

facebook pages : https://www.facebook.com/OrkidLatexMurah

shopee             : https://shopee.com.my/azuracoway80