CELIK IT AZRA NAZIRA BINTI AMIR NURDIN

 

Nama : Azra Nazira Binti Amir Nurdin
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Azra Nazira berusia 15 tahun merupakan pelajar SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi bersama rakan-rakannya yang lain. Selain itu juga, beliau ingin mengisi masa lapang cuti sekolah/hujung minggu dengan mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Power Point dan Microsoft Word sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS selepas tamat persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Azra Nazira tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi. Di samping itu, beliau juga tidak mempunyai keyakinan diri untuk bercakap dihadapan khalayak ramai dan tidak tahu teknik untuk memberi ucapan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Azra Nazira untuk menggunakan aplikasi power point dan word. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan Microsoft Power Point. Bukan itu sahaja, beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat dengan baik dan profesional.