CELIK IT MAZNAH BINTI AHMAD

 

Nama : Maznah Binti Ahmad
Umur : 34 Tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Puan Maznah berusia 34 tahun merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana ingin mendalami ilmu penggunaan komputer dengan lebih mendalam untuk membantu suaminya yang merupakan seorang guru mengaji dalam urusan pentadbiran tahfiz yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan penggunaan komputer lebih-lebih lagi komponen Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Maznah semakin mahir menggunakan komputer seperti Microsoft Word dan Power Point dengan adanya bantuan daripada Petugas. Bukan itu sahaja, Puan Maznah juga tidak kekok untuk membentangkan slide yang dibuatnya menggunakan Microsoft Power point. Slide pembentangan yang dihasilkan olehnya juga sangat menarik dan kemas.