CELIK IT MUHAMMAD IQRAM RAMADHAN 

Nama : Muhammad Iqram Ramadhan
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Iqram berusia 11 tahun merupakan seorang murid sekolah rendah dan bersekolah di SK Lanai. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana ingin mempelajari ilmu asas komputer bersama rakan-rakannya yang lain. Iqram mula mengenali PEDi melalui rakan sekelasnya Sabrina Isma yang turut mendaftar sebagai ahli dan menghadiri kelas komputer di PEDi Taman Cengal Emas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan penggunaan komputer lebih-lebih lagi komponen Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setiap kali mula memasuki kelas, Iqram sudah tahu cara untuk menghidupkan PC dan memasukkan user ID beliau tanpa bimbingan petugas. Beliau dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan baik. Di samping itu, Iqram juga turut membantu rakan-rakannya yang lain jika mereka memerlukan bantuan berkaitan tugas yang diberikan. Akhir sekali, Iqram dapat berkomunikasi dengan baik dan yakin serta terdapat banyak peningkatan positif dalam dirinya.