CELIK IT SABRINA ISMA BINTI MAT ROSDI

Nama : Sabrina Isma Binti Mat Rosdi
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Sabrina berusia 11 tahun merupakan seorang murid sekolah rendah dan bersekolah di SK Lanai. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana ingin mempelajari ilmu asas komputer bersama kakak dan rakan-rakan sekolahnya. Sabrina mula mengenali PEDi melalui kakaknya yang turut mendaftar sebagai ahli dan menghadiri kelas komputer di PEDi Taman Cengal Emas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan penggunaan komputer lebih-lebih lagi komponen Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setiap kali mula memasuki kelas, Sabrina sudah tahu cara untuk menghidupkan PC dan memasukkan user ID beliau tanpa bimbingan petugas. Beliau dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan baik. Di samping itu, Sabrina juga turut membantu rakan-rakannya yang lain jika mereka memerlukan bantuan berkaitan tugas yang diberikan. Akhir sekali, Sabrina dapat berkomunikasi dengan baik dan yakin serta terdapat banyak peningkatan positif dalam dirinya.