CELIK IT NURUL ADAWIYAH BINTI AZMI
Nama | : Nurul Adawiyah Binti Azmi |
Umur | : 13 Tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Adawiyah atau lebih dikenali sebagai Yaya telah didaftarkan oleh bapanya untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama bapanya mendaftarkan Yaya adalah untuk memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya sebelum sesi persekolahan 2024 bermula. Yaya telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer tetapi tidak mahir menggunakan Microsoft Office serta tidak mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi CANVA.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau lebih mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau juga dapat membentangkan slide yang dibuat olehnya dengan sangat yakin dan sempurna. Beliau merupakan seorang yang cepat belajar dan suka bersaing. Beliau juga mahir menggunakan aplikasi CANVA dan dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna.