USAHAWAN NOOR AZURA BINTI HAJI HAMID

Nama : Noor Azura binti Haji Hamid
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Puan Noor Azura binti Haji Hamid merupakan bekas petugas Pusat Internet @ lebih dikenali sebaga PEDi pada masa kini. Beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai pengurus PEDi kerana beliau mengidap penyakit yang kritikal. Beliau membuka perniagaan MakcikOrkid untuk membantu ekonomi keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Jualan produk hanya sekitar negeri sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti bengkel serta mendapat bimbingan daripada petugas, jualan produk telah ke serata negeri di mana beliau telah menggunakan medium shopee dan facebook untuk memasarkan produk jualan beliau. Pendapatan beliau amat menggalakkan.

CELIK IT MUHAMMAD AKMAL KHAIRITH BIN ABDULLAH

Nama : Muhammad Akmal Khairith bin Abdullah
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Muhammad Akmal Khairith sering meluangkan masa di PEDi Taman Cengal Emas. Beliau melayari Internet dan mencari bahan ilmiah seperti bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Muhammad Akmal Khairit tidak mempunyai sebarang ilmu komputer sebelum ini. Atas kesedaran dari sendiri beliau mendaftar sebagai ahli PEDi Taman Cengal Emas dan mendapatkan kelas asas komputer di PEDi Taman Cengal Emas bersama rakan-rakan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh PEDi Taman Cengal Emas, beliau kini dapat menyiapkan kerja dengan pantas.

CELIK IT MUHAMMAD ARIFF BIN ABDUL AZIZ

Nama : Muhammad Ariff bin Abdul Aziz
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Muhammad Ariff berusia 16 tahun dan masih lagi bersekolah di SMK Parit Panjang. Beliau mengikuti kelas asas komputer di PEDi Taman Cengal Emas atas desakan kawan-kawan. Sebelum ini, beliau tidak pernah menggunakan komputer. Semasa kali pertama mengikuti kelas asas komputer, beliau agak ketinggalan di belakang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan beliau agak kurang serta menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman untuk perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan beliau semakin meningkat di mana petugas membantu mempromosikan produk jualan beliau di media sosial. Selain itu juga, petugas membantu beliau untuk mendapatkan pinjaman daripada TEKUN untuk membesarkan perniagaan beliau.  

CELIK IT MUHAMMAD ADAM AQIL BIN ARIFFIN

Nama : Muhammad Adam Aqil bin Ariffin
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Muhammad Adam berusia 16 tahun dan masih lagi bersekolah di SMK Parit Panjang. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi di mana tiada caj yang dikenakan selain bayaran RM5 seumur hidup. Selian itu juga, beliau ingin mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Power point dan Microsoft Excel.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Muhammad Adam mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer tetapi beliau hanya tahu menggunakan Microsoft office word sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Muhammad Adam untuk menggunakan aplikasi power point dan excel. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik. Selain mahir menggunakan komputer, beliau telah membantu guru di sekolah beliau mencipta logo menggunakan aplikasi power point untuk digunakan semasa Hari Sukan Sekolah.

CELIK IT NUR FATINI BINTI KAMAL

Nama : Nurul Fatini Binti Kamal
Umur : 19 Tahun
Ahli : Januari 2022

Latar Belakang

Nurul Fatini Binti Kamal merupakan pelajar lepasan SPM yang berumur 19 tahun dan sedang mencari peluang pekerjaan. Sebelum ini, beliau sentiasa pergi ke Pusat Internet Komuniti untuk mencari bahan rujukan semasa beliau masih belajar. Akan tetapi, beliau tidak berkesempatan untuk menyertai kelas yang diadakan di Pusat Internet Komuniti sebelum ini.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau menyertai kelas ICT bersama PEDi, Nurul Fatini agak kekok untuk menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau merasakan aplikasi Microsoft Office agak sukar untuk difahami.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Taman Cengal Emas, beliau merasakan aplikasi Microsot Office sangat mudah difahami. Beliau juga mempunyai harapan untuk memohon pekerjaan sebagai kerani.