Tarikh : 1.10.2023
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Membantu usahawan untuk membuat caruman dan pembayaran kepada pekerja melalui aplikasi atas talian PERKESO.

Aktiviti:

1. Usahawan mendaftar masuk ke akaun PERKESO sedia ada.

2. Usahawan diajar cara untuk membuat caruman dan pembayaran kepada pekerja melalui akaun PERKESO.

3. Bersurai.

Gambar di sini

 

Tarikh : 22.9.2023 
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 18 orang

Tujuan:

Fungsi Microsoft Office Power Point adalah memudahkan pembuatan presentasi dalam bentuk slide yang menarik dengan adanya audio, video, gambar, transisi dan animasi serta template yang memudahkan kita pada masa kini.

Aktiviti: 

SESI 1 : BIODATA SAYA (10:00 PAGI - 12:00 TENGAHARI)

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

3. Petugas memberikan latihan untuk membuat slide biodata peserta.

SESI 2 : BIODATA SAYA (3:00 PETANG - 4:30 PETANG)

1. Taklimat ringkas berkenaan Microsoft Office Power Point dan kelebihan menggunakan komputer.

2. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Office Power Point.

3. Petugas memberikan latihan untuk membuat slide biodata peserta.

SESI 3 : PEMBENTANGAN BIODATA SAYA (4:30 PETANG - 5:00 PETANG)

1. Petugas memberikan taklimat serta tips untuk berucap di khalayak ramai.

2. Peserta membentangkan slide yang telah dibuat menggunakan projektor.

Gambar di sini

Tarikh : 21.9.2022
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pejabat KEMAS Kampung Lalang
Peserta : 15 orang

Tujuan:

Membantu usahawan IKS untuk menggunakan media sosial sebagai platform untuk menjual produk perniagaan mereka mengikut trend pada masa kini.

Aktiviti:

1. Pengenalan tentang aplikasi TikTok.

2. Membantu muat turun aplikasi TikTok ke dalam telefon usahawan.

3. Membantu usahawan membuat pendaftaran akaun TikTok.

4. Menerangkan cara penggunaan dan fungsi aplikasi TikTok.

5. Usahawan memasarkan produk jualan di aplikasi TikTok.

6. Soal Jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 21.9.2023
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : SK Lanai
Peserta : Pelajar dan Guru SK Lanai

Tujuan

  • Memupuk semangat patriotik dalam diri setiap pelajar dan lebih menghargai pengorbanan para pejuang bagi memerdekakan negara kita Malaysia.

Aktiviti :

1. Perhimpunan.

2. Memperagakan pakaian dengan bertemakan Hari Kemerdekaan. .

3. Aktiviti menghias kenderaan dengan bertemakan Hari Kemerdekaan.

4. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 21.9.2023
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 11 orang

Tujuan

  • Perkembangkan perniagaan mikro, kecil dan sederhana dengan penyelesaian digital.
  • Pemasaran digitalyang mudah, murah dan berkesan.
  • Bersedia untuk dunia digital tanpa sempadan.

Aktiviti :

1. Taklimat Digital Marketing Solutions (DMS).

2. Sesi soal jawab.

3. Mempromosikan produk usahawan.

4. Bersurai.

Gambar di sini