Tarikh | : 25.8.2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Kolej Komuniti Gerik |
Peserta | : 21 orang |
Tujuan:
Program yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Gerik untuk SMK Kuala Kangsar minitikberatkan ilmu pengetahuan ICT kepada pelajar pendidikan khas, ini mampu diperlihatkan dengan jelas bahawa Teknologi ICT kini boleh dikuasai oleh semua golongan dan kepentingan Teknologi ICT boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran dan memudahkan kerja. Memastikan kemahiran penggunaan asas CAPCUT dapat dikuasai oleh pelajar. Menitikberatkan kemahiran yang diperolehi dapat membantu pelajar menguasai penggunaan teknologi dalam bidang kemaskini video dan gambar.
Aktiviti:
Tarikh | : 25.8.2023 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri oleh seorang murid sekolah rendah yang berminat untuk belajar kelas ICT dan Microsoft Office dengan lebih mendalam bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.
Aktiviti:
1. Pengenalan berkaitan Microsoft Power Word.
2. Taklimat ringkas berkenaan Microsot Power Word oleh petugas.
3. Latihan diberikan kepada peserta di mana peserta perlu membuat poster bertemakan 'Kemerdekaan' menggunakan Microsoft Power Word.
4. Petugas membantu semasa peserta membuat latihan.
5. Soal Jawab.
6. Bersurai.
Tarikh | : 24.8.2023 |
Masa | : 8.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : SMK Kuala Ketil |
Peserta | : 16 orang |
Tujuan:
-
Mengasah cara berfikir pelajar dengan lebih kreatif dan meningkatkan pemahaman serta pengetahuan peserta terhadap Sains,Teknologi, Art dan Matematik.
Aktiviti:
SESI 1 : STEM IOT - TANGAN ROBOTIK MENGGUNAKAN STRAW
1. Peserta diberikan bahan dan alatan untuk mencipta tangan robotik.
2. Petugas menyiarkan video cara membuat tangan robotik.
3. Peserta membuat tangan robotik berdasarkan langkah-langkah yang dipertontonkan.
4. Perserta berjaya menghasilkan tangan robotik menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
SESI 2 : ROKET KERTAS
1. Petugas menyediakan bahan-bahan untuk membuat roket kertas.
2. Peserta menonton cara penyediaan roket kertas didalam channel YouTube.
3. Peserta membuat roket kertas mengikut langkah-langkah yang ditonton.
4. Peserta berjaya menghasilkan roket kertas dan roket berfungsi dengan baik.
SESI 3 : MEMBINA JAMBATAN MENGGUNAKAN STRAW
1. Bahan dan alatan disediakan oleh petugas.
2. Peserta mereka cipta sendiri jambatan menggunakan straw yang diberi.
3. Peserta perlu menghasilkan jambatan straw yang kukuh untuk diuji oleh petugas.
4. Peserta berjaya menghasilkan jambatan yang kukuh di mana jambatan tidak runtuh apabila diletakkan beban.
Tarikh | : 24.8.2023 |
Masa | : 8.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : SMK Kuala Ketil |
Peserta | : 131 orang |
Tujuan:
-
Dapat mempromosikan perkhidmata PEDi kepada pelajar sekolah, ibu bapa dan guru. Selain itu juga, PEDi dapat bekerjasama dengan agensi-agensi luar untuk mendapatkan usahawan baru yang boleh digilap. Di samping itu, petugas memberikan taklimat Klik Dengan Bijak di mana ia akan memberi kesedaran kepada peserta untuk menggunakan internet dengan lebih bijak.
Aktiviti:
1. Puzzle menggunakan tablet.
2. Mengira logo KDB menggunakan tablet.
3. Roda impian - Menjawab soalan berkaitan KDB.
4. Permainan dam ular.
5. Mempromosikan bengkel-bengkel yang dijalankan di PEDi. Contohnya, Pemasaran di TikTok dan Shopee.
6. Taklimat KDB.
Tarikh | : 20.8.2022 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Cengal Emas |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan :
Program ini diadakan adalah untuk memupuk lagi semangat kemerdekaan cinta akan negara dalam diri setiap remaja pada masa kini. Selain itu, kuiz ini dijalankan untuk menguji tahap pengetahuan sejarah dalam diri mereka.
Aktiviti :
1. Peserta menyertai kuiz melalui link yang diberi oleh petugas.
2. Peserta menjawab kuiz.
3. Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dan bergambar.
4. Bersurai.