Tarikh : 20.5.2022
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 25 orang

Tujuan:

Jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan petugas bersama para komuniti berdekatan sambil meraikan sambutan Hari Raya AidilFitri.

Aktiviti:

1. Petugas menyediakan tempat dan makanan.

2. Komuniti mula hadir dan memeriahkan lagi jamuan.

3. Sesi beramah mesra bersama komuniti.

4. Sesi bergambar.

5. Gotong-royong bersama komuniti.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 19.5.2022
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Kelas tuisyen Matematik ini dihadiri oleh seorang murid sekolah rendah yang ingin belajar tentang formula darab dengan lebih lanjut. Di sekolah, murid tersebut tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar dan tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Oleh hal demikian, petugas mengambil inisiatif untuk membuat kelas tuisyen untuk membantu prestasi murid tersebut supaya semakin meningkat.

Aktiviti:

1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi murid.

2. Murid menghafal sifir 1 sehingga sifir 12 dengan bimbingan petugas.

3. Petugas menunjukkan cara menyelesaikan soalan matematik dengan formula yang tepat.

4. Murid menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru secara kendiri.

5. Petugas menyemak jawapan murid dan cara kerja.

6. Soal Jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 16.5.2022
Masa : 1.00 petang - 2.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan : 

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat progres perniagaan usahawan dibawah bimbingan NADI Taman Cengal Emas. Selain itu, usahawan juga dapat mengenali petugas dengan lebih mendalam dan berkongsi idea untuk memasarkan perniagaan kepada komuniti serta menarik lebih ramai pelanggan untuk ke tapak perniagaan tersebut.

Aktiviti :

1. Petugas melawat tapak perniagaan usahawan.

2. Petugas beramah mesra bersama usahawan dan bertanyakan progres perniagaan.

3. Berkongsi idea untuk memasarkan perniagaan dan penambahbaikan.

4. Sesi bergambar petugas bersama usahawan NADI.

5. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 17.5.2022
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 3 orang

Tujuan:

Kelas ini dihadiri oleh tiga orang pelajar sekolah menengah yang berminat untuk belajar tentang Microsoft PowerPoint dengan lebih mendalam bagi memudahkan urusan mereka pada masa akan datang. Walaupun mereka berasal dari kawasan perkampungan tetapi mereka tidak mahu ketinggalan dalam dunia teknologi yang semakin pesat dari masa ke semasa.

Aktiviti:

1. Pengenalan berkaitan Microsoft Power Point.

2. Taklimat ringkas berkenaan Microsot Power Point oleh petugas.

3. Latihan diberikan kepada pelatih di mana pelatih perlu membuat poster sempena Hari Raya Aidilfitri.

4. Petugas membantu semasa pelatih membuat latihan.

5. Soal Jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 13.5.2022
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 3 orang

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk memberikan latihan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar sekolah menengah di dalam menyediakan slide pembentangan menggunakan Microsoft Power Point.

Aktiviti:

1. Pengenalan berkaitan Microsoft Power Point.

2. Taklimat ringkas berkenaan Microsot Power Point oleh petugas.

3. Latihan diberikan kepada pelatih di mana pelatih perlu membuat pembentangan berkenaan perniagaan mereka.

4. Petugas membantu semasa pelatih membuat latihan.

5. Soal Jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini