Tarikh : 8.2.2022
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 30 orang

Tujuan : 

Tujuan KWSP Mobil datang ke PEDi Taman Cengal Emas adalah untuk memudahkan urusan komuniti berkenaan i-akaun, pengeluaran, penamaan, simpanan syariah, i-saraan dan i-suri.

Aktiviti :

1. Taklimat ringkas tentang KWSP.

2. Pihak KWSP membantu komuniti membuat urusan yang diminta oleh komuniti.

3. Soal jawab KWSP dan komuniti.

4. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 29.1.2022
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 7 orang

Tujuan : 

Tujuan Tan Sri Halim, MCMC dan MSD datang ke PEDi Taman Cengal Emas adalah untuk memantau dan melihat perkembangan yang telah dijalankan serta untuk mengetahui dengan lebih lanjut perancangan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Aktiviti :

1. Sesi beramah mesra bersama Tan Sri Halim, MCMC, MSD, dan Rakan Digital.

2. Tan Sri Halim menyemak kertas perbentangan yang telah disediakan.

3. Petugas membentangkan perancangan aktiviti di PEdi yang akan dijalankan untuk komuniti setempat.

4. Sesi pembentangan daripada Rakan Digital.

4. Tan Sri Halim, MCMC dan MSD memberi penambahbaikan.

5. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 28.1.2022
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan : 

Tujuan pelajar IPTA ini menggunakan wifi adalah untuk menghadiri kelas dan juga melakukan pembentangan secara atas talian. Hal ini dapat membantu pelajar tersebut menghadiri kelas dan melakukan pembentangan tanpa sebarang masalah capaian internet.

Aktiviti :

1. Taklimat dan kehadiran diambil oleh pensyarah secara atas talian.

2. Pelajar menghadiri kelas secara atas talian.

3. Pelajaran membuat pembentangan secara atas talian.

4. Pensyarah memberi penilaian.

5. Bersurai.

Gambar di sini

 

Tarikh : 29.01.2022
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan:

Membantu komuniti untuk membuat suntingan video secara mudah dengan menggunakan aplikasi suntingan di telefon bimbit. Selain itu juga, ia memudahkan  kerja AJK Masjid Omar Zuhdi untuk menghantar laporan ke Pejabat Agama Daerah Baling

Aktiviti:

1. Pengenalan tentang aplikasi suntingan video di Telefon Bimbit

2. Muat turun aplikasi suntingan di telefon bimbit

3. Mendaftar menggunakan emel

4. Taklimat oleh petugas cara untuk menggunakan aplikasi tersebut

5. Petugas memberi bimbingan semasa proses suntingan

6. Menghantar dokumen ke Pejabat Agama Daerah Sik menggunakan aplikasi Whatsapp

7. Bersurai

Gambar di sini

 

Tarikh : 13.1.2022
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 1 orang

Tujuan : 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar golongan muda cara untuk mencari pekerjaan secara atas talian dan prosedur yang perlu mereka lakukan untuk memohon pekerjaan yang diminati.

Aktiviti :

1. Pengenalan berkaitan bidang pekerjaan.

2. Peserta menyediakan sijil dan segala dokumen sedia ada.

3. Petugas mengenalpasti bidang pekerjaan yang diminati peserta.

4. Petugas memberi tunjuk ajar cara mohon pekerjaan secara atas talian.

5. Peserta memohon pekerjaan dengan bantuan petugas, menaip 'Cover Letter' dan melampirkan 'Resume'.

6. Sesi soal jawab.

7. Bersurai.

Gambar di sini