Tarikh : 5.4.2022
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 3 orang

Tujuan:

Memberi bimbingan kepada pelajar sekolah menengah di dalam membuat kerja kursus dengan lebih teratur dan berinformasi. Selain itu juga, petugas memberikan bantuan di dalam pencarian maklumat menggunakan komputer.

Aktiviti:

1. Memberikan taklimat berkenaan kerja kursus dan kepentingan ICT.

2. Memberikan tunjuk ajar bagaimana aturan membuat kerja kursus dengan lebih kemas.

3. Memberikan bimbingan kepada pelajar mencari maklumat yang sahih menggunakan internet.

4. Sesi bertukar pendapat dan soal jawab.

5. Taklimat Klik Dengan Bijak (Teknologi dan Anda).

6. Bersurai.

Gambar di sini

 

Tarikh : 31.3.2022
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 30 orang

Tujuan : 

Menarik komuniti untuk membuat simpanan di Tabung Haji serta memudahkan komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Haji di mana cawangan Tabung Haji agak jauh dari Parit Panjang.

Aktiviti :

1. Pihak Tabung Haji memperkenalkan sistem atas talian mereka iaitu sistem Thijari kepada komuniti setempat di mana memudahkan mereka untuk menyemak penyata akaun serta membuat penyimpanan dengan lebih mudah.

2. Pihak Tabung Haji juga membantu di dalam proses pembukaan akaun baru serta mendaftar para penyimpan untuk menunaikan Haji.

3. Soal jawab pihak Tabung Haji dan komuniti. 

4. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 29.3.2022
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas (GoogleMeet)
Peserta : 70 orang

Tujuan:

Membantu Komuniti untuk membuat pendaftaran lesen niaga secara percuma menggunakan SKIM SPPP terutamanya bumiputera.

Aktiviti:

1. Sesi beramah mesra dan memperkenalkan diri bersama panel.

2. Ucapan daripada Pengarah SSM Kedah serta SKMM Kedah.

3. Taklimat kepentingan lesen niaga bagi peniaga  untuk memohon bantuan niaga ataupun semasa membuat permohonan  pinjaman perniagaan.

4. Sesi soal jawab.

5. Sesi bergambar secara online.

6. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 30.3.2022
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Cengal Emas
Peserta : 3 orang

Tujuan:

Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat kemudaratan akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

Aktiviti:

1. Pendaftaran peserta.

2. Menyediakan tempat bagi peserta mengikuti latihan dengan selesa.

3. Membantu peserta semasa latihan sedang dijalankan.

4. Taklimat KDB dan Advokasi.

5. Sesi soal jawab.

6. Sesi bergambar secara online.

7. Bersurai.

Gambar di sini

Tarikh : 27.3.2022
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pulse Grande Hotel Putrajaya
Peserta : 37 orang

Tujuan:

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajar para petugas baru NADI tentang cara menggunakan portal rasmi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Melatih para petugas melakukan kerja dengan lebih kemas dan teratur disamping memastikan para petugas sentiasa mengemaskini aktiviti yang dilakukan di NADI mereka.

Aktiviti:

1. Pengenalan berkaitan portal.

2. Mengajar para petugas cara memasukkan 'Coding' gambar.

3. Mengajar para petugas mengemaskini aktiviti semasa di portal.

4. Sesi latihan menggunakan portal.

5. Sesi soal jawab.

6. Bersurai.

Gambar di sini